skip to Main Content
Payudara Bengkak Tanda Hamil? 8 Lagi Cara Mudah Kesan Kehamilan Awal

Payudara Bengkak Tanda Hamil? 8 Lagi Cara Mudah Kesan Kehamilan Awal

“Asyik loya, tambah pula tak lalu makan sejak kebelakangan ni, period pon macam dah missed beberapa hari. Aku ni pregnant ke?”

DSC04714.JPGMemiliki cahaya mata merupakan impian setiap pasangan yang berkahwin. Terdapat pasangan yang terpaksa menunggu beberapa tahun sebelum dikurniakan cahaya mata. Namun, ada juga yang diberikan rezeki awal terus mengandung sejurus berkahwin.

Bagi wanita yang mengandung sebenarnya terdapat banyak tanda-tanda awal yang akan berlaku kepada mereka kerana perubahan hormon dalam badan. Bukan hanya missed period saja tau!

Tapi ramai pula dalam kalangan wanita sendiri sebenarnya tidak menyedari tanda-tanda awal ini kerana tandanya seakan sama seperti datang bulan.

TANDA-TANDA AWAL KEHAMILAN

PAYUDARA MEMBENGKAK

shutterstock_765010393.jpgKebiasaannya apabila hamil, payudara wanita akan membengkak. Ini kerana hormon akan menghantar isyarat kepada tubuh supaya bersedia untuk menghasilkan susu dalam masa 40 minggu. Payudara juga akan menjadi extra sensatif dan bahagian aerola menjadi lebih gelap.

Terdapat wanita yang mengalami simtom payudara bengkak, terasa berat dan nyeri beberapa hari sebelum haid yang menyebabkan mereka tidak sedar, mereka berkemungkinan besar hamil.

Payudara membengkak adalah normal kepada wanita hamil kerana saluran darah di bahagian payudara mulai menegang dan membesar seiring dengan pertambahan usia kandungan.

MUDAH LETIH DAN LESU

Penat walaupun tidak melakukan apa-apa, asyik rasa letih dan hendak tidur saja. Ini merupakan situasi yang terpaksa dihadapi oleh wanita di awal kehamilan mereka.

fetus growth

Punca kepenatan ini boleh dijelaskan kerana tubuh badan mereka sedang bekerja keras untuk pembentukan fetus, selain peningkatan hormon progesterone dan penghasilan darah merah dalam badan.

LOYA ATAU MUAL

shutterstock_583044646Walaupun tidak semua ibu mengandung mengalami rasa loya dan mual, tapi hampir 75 peratus wanita yang pertama kali mengandung mengakui mereka mudah berasa loya pada awal pagi berikutan peningkatan hormon estrogen dalam badan.

Mereka juga mudah berasa mual apabila terhidu bau makanan kerana pada ketika ini deria bau mereka sangat sensitif.

MOOD SENANG BERUBAH (MOODSWING)

Kejap marah, kejap sedih. Perubahan hormon kadang-kala buka saja menjejaskan fizikal malah turut melibatkan mental.

Pergolakan hormon ini telah menyebabkan bahagian neurotransmitter pada bahagian otak sedikit bercelaru sehingga menyebabkan emosi tidak stabil. Semasa ini, wanita yang berada di awal kehamilan akan mengalami gangguan emosi yang menyebabkan mood mereka mudah berubah-ubah tanpa mereka sedari puncanya.

SAKIT KEPALA

DSC01966Sakit kepala merupakan perkara yang amat meresahkan kerana boleh menganggu tugas seharian. Pada awal kehamilan, wanita hamil mudah mendapat sakit kepala kerana hormon estrogen dan progesterone yang bertindak balas untuk membantu pertumbesaran janin.

Sakit kepala juga mungkin terjadi kerana kepenatan melampau, tekanan darah rendah, kadar gula yang rendah dalam badan, stress atau terlampau risau dengan sesuatu perkara.

PERUBAHAN SUHU BADAN

ylivdesign161004148

Salah satu tanda yang mungkin diabaikan mengenai tanda awal kehamilan ialah peningkatan suhu badan.

Selepas tempoh ovulasi tamat, ibu yang sedang hamil akan dapat merasakan peningkatan suhu badan berlaku walaupun mereka tidak sakit, ini disebabkan oleh peningkatan aliran darah di dalam badan dan juga perubahan hormon.

KERAP MEMBUANG AIR

Simptom kerap membuang air pada awal kehamilan merupakan petanda kehamilan yang lebih jelas berbanding simptom lain seperti mual, loya dan mengidam.

Kerap membuang air pada awal kehamilan adalah disebabkan oleh pertambahan jumlah darah dan cecair yang digunakan oleh tubuh untuk membantu proses kehamilan yang kemudiannya akan disingkirkan oleh ginjal.

PENDARAHAN (SPOTTING) & CRAMP

shutterstock_708049036Risau pendarahan kecil sebelum datang bulan? Jangan risau sebab ini merupakan tanda awal kehamilan. Pendarahan berlaku apabila proses persenyawaan dan penempelan janin di dinding rahim.

Darah yang keluar juga tidaklah dalam kuantiti yang banyak sebaliknya hanya seperti tompokan kecil saja, Proses ini tidak merbahaya dan anda juga mungkin akan merasa sedikit cramp pada bahagian rahim dan perut.

DAPATKAN KHASIAT LENGKAP UNTUK DIRI & KANDUNGAN

shutterstock_475547296Anda rasa anda mempunyai tanda-tanda seperti yang disenaraikan di atas? Kalau ada, boleh cepat-cepat dapatkan kit kehamilan di farmasi yang berhampiran, atau kalau nak lebih kepastian terus saja ke Klinik Kesihatan berdekatan. Mana tau ada rezeki anda buka buku pink lepas ni!

postibuhamilJangan lupa juga untuk dapatkan khasiat pemakanan lengkap bagi menyokong perkembangan bayi dalam kandungan. Nak mudah, amalkan saja Set Mak Buyong daripada Lazz Susu Kambing!

Yelah, anda mesti tahu ibu hamil kadang-kala mempunyai masalah pedih ulu hati, tidur tak lena dan tak bertenaga kerana alahan yang mereka mungkin alami. Set Mak Buyong yang terdiri daripada Lazz Choco dan Lazz Kurma dapat membantu ibu hamil mendapat khasiat yang diperlukan.

mak buyongKedua-dua produk ini, kaya dengan nutrisi semulajadi yang dapat membantu memberikan tenaga tambahan, kaya dengan asid folic selain dapat mengurangkan risiko bayi terkena jaundice (demam kuning).

Kalau anda nak tau lebih lanjut tentang khasiat susu kambing kepada ibu mengandung atau mengenai produk susu kambing yang dikeluarkan Lazz. Anda boleh layari saja laman sesawang rasmi Lazz.my.

Back To Top