5 Tanda Mudah Mengenali Waktu Subur

Ada pasangan yang belum hamil disebabkan mereka tak tahu waktu subur atau waktu ovulasi. Ayat mudahnya, waktu telur keluar.

Sperma boleh berada di dalam rahim wanita sehingga 6 hari. Bergantung kepada kesihatan sperma itu sendiri. Oleh itu, waktu yang sangat sesuai untuk tinggi peluang hamil adalah beberapa hari sebelum ovulasi atau hari berlakunya ovulasi.

Ha, jangan terkejut ya kalau ada pasangan masih blur dan kurang faham tentang perkara ini.

Tapi, macam mana nak tau bila telur keluar/ ovulasi?

Kita tak boleh nampak pun bila ovulasi/ waktu subur. Tapi kita boleh buat kiraan dan rasa sendiri perubahan pada tubuh badan kita.

Admin nak share sikit info berkaitan dengan waktu subur/ evaluasi supaya tinggi potensi untuk korang hamil.

 

 

1. Periksa kalendar period. Yang ni wanita kena terer. Selalunya lah, berdasarkan kajian, waktu subur/ ovulasi ni terjadi sekitar hari ke-14 dalam kitaran 28 hari.

Tapi, kalau kitar haid saya tak teratur macam mana? Yang ni ada faktor-faktor lain yang boleh menjadi penyebab kitar haid tak teratur. Careline Lazz sedia membantu!

 

 

2. Rasa perubahan pada tubuh badan. Wanita akan rasa cramp atau sakit sikit di bahagian bawah abdomen ketika waktu subur. Kalau sakit terlalu kerap, jumpa doktor. Mungkin korang ada masalah lain yang mungkin menjadi penghalang untuk hamil. Fahami kesihatan korang.

 

 

3. Point ni kena rajin sikit. Kalau cikgu ke, engineer ke yang suka nombor-nombor ni rasanya mereka suka buat. Catat suhu badan setiap pagi selama beberap bulan. Suhu badan akan naik sikit bila waktu subur berlaku. Fahami tubuh badan korang.

 

 

4. Pantau perubahan pada kedudukan servik. Semasa bermulanya waktu subur, servik akan berada lebih atas, sedikit terbuka dan lembut untuk memudahkan pergerakan sperma ke arah telur. Ada wanita yang senang rasa perubahan pada bahagian servik, ada yang sedikit susah.

 

 

5. Beli je ovulation predictor kit. So korang boleh guna alat ini untuk predict waktu subur. Selalunya alat ni boleh predict waktu subur 12-24 jam lebih awal.

 

Harap boleh membantu!

 

Comments