Header

Dah biasa kalau sebut pasal budak ni sudah mesti ada benda yang pelik akan mereka buat. Tetapi benda pelik tu kadang-kadang boleh buatkan kita rasa marah atau hanya mampu buat kita tersenyum je.

Tapi hari ni saya taknak cerita perkara pelik yang anak kita buat yang membolehkan kita merasa marah malah sebaliknya.  Setiap perbuatan mereka membuktikan yang mereka sedang membesar. Ini antara perangai mereka yang membuatkan kita tersenyum.

Di mata kanak-kanak semuanya diibarat sebagai permainan. Sedangkan masa makan juga mereka ingin bermain.

 

Kanak-kanak ni apa yang mereka nampak menyeronokkan dimata mereka mesti mereka pun mesti nak cuba.  Masa kita nak mengemas rumah mesti mereka pun nak kemas sepahkan juga.

 

Kalau ada kenduri atau apa-apa majlis mesti anda akan bawa anak anda jugakan? 10 minit pertama mesti mereka akan senyap tapi selepas itu mesti anda akan pelik ke mana mereka menghilang. Kemudian anda terdengar suara anak anda bermain dengan kawan baru.

 

Kalau diberi kertas dan pensil, mesti ada je benda yang dilukis oleh budak-budak ni. Pelbagai benda pelik yang mereka akan lukis atas kertas. Kalau kertas dah habis satu tempat lagi yang memang akan jadi sasaran mereka, iaitu dinding yang bersih.

 

Kanak-kanak dan berimaginasi memang tak boleh dipisahkan. Ada je benda pelik yang mereka boleh berimaginasi contoh macam seterika dijadikannya seperti telefon. Bantal kerusi dikumpul banyak-banyak dan dijadikan seperti kubu pertahanan dan bermacam-macam lagilah.

 

Kesimpulannya setiap apa yang kanak-kanak lakukan bermaksud mereka sedang membesar. Kita yang dewasa ni seharusnya mendidik mereka dan bimbing mereka untuk jadi seorang yang berguna bila dah besar nanti. Jangan kita terlalu kasar dengan kanak-kanak kerana mereka masih membesar dan belajar.

Comments